Setup Tiplah, dari daftar sampai alert pertama
Lebih kurang 20 minit kerja, campur beberapa hari ToyyibPay semak akaun kamu. Ikut langkah ni ikut turutan, dan WhatsApp kami kalau tersangkut.
Sediakan dulu
- Nombor IC kamu, untuk hidupkan DuitNow QR
- Akaun bank atas nama kamu, untuk terima duit tip
- Emel dan nombor telefon yang kamu tak kisah penonton nampak
- OBS, Streamlabs atau Prism dalam PC kamu
Macam mana duit bergerak
Tiplah cuma dapat notifikasi "tip dah dibayar" untuk keluarkan alert. Duit tak lalu Tiplah langsung.
- ToyyibPay ambil RM1 bagi setiap tip, jadi tip RM10 sampai RM9 dalam akaun kamu. Tiplah tak ambil apa-apa.
- Tip minimum RM5.
- Pelan Percuma tanggung sampai RM300 tip sebulan. Lepas had tu, tip dan alert tetap jalan.
Langkah
- 1
Buat page Tiplah kamu
2 minittiplah.com- Tekan Buat page kamu, kat page ni atau kat tiplah.com.
- Daftar guna emel, atau tekan Teruskan dengan Google. Kalau guna emel, buka emel pengesahan dulu.
- Isi nama, link page (contoh tiplah.com/namakamu) dan gambar, lepas tu tekan Teruskan.
- Kamu sampai ke Utama. Senarai Jom mula! kat situ ikut langkah yang sama macam panduan ni.
- 2
Daftar akaun ToyyibPay
10 minittoyyibpay.com- Buka toyyibpay.com dan daftar akaun individu. Percuma, tak perlu SSM: nama, emel, nombor telefon dan akaun bank.
- Sahkan emel kamu. Lepas tu kamu dah boleh terima tip.
- ToyyibPay semak profil kamu dalam 3 hingga 7 hari bekerja. Duit cuma masuk bank lepas profil disahkan, tapi tip tetap boleh diterima sementara tu.
Penonton nampak maklumat akaun ToyyibPay kamuPage bayaran ToyyibPay tunjuk nama penuh, emel dan nombor telefon akaun kamu kepada penonton. Kalau tak nak emel dan nombor peribadi nampak, guna emel dan nombor lain masa daftar.Kalau kamu daftar guna link kami, ToyyibPay bayar Tiplah 2 sen bagi setiap tip, dari bahagian mereka. Kamu tetap bayar sama.
- 3
Sambung ToyyibPay ke Tiplah
2 minitToyyibPay › My Profile, lepas tu Tiplah › Tetapan- Dalam dashboard ToyyibPay, buka My Profile dan salin User Secret Key.
- Dalam Tiplah, buka Tetapan. Tampal key tu dalam ruang User Secret Key ToyyibPay dan tekan Sambung ToyyibPay.
- Keluar "ToyyibPay tak kenal key ni"? Salin semula dari My Profile, dan pastikan tak ada ruang kosong kat hujung.
Jaga key ni macam kata laluanJangan hantar key kamu kepada sesiapa, termasuk kami. Tiplah simpan key kamu secara encrypted dan guna untuk buat bil tip dan semak statusnya je. - 4
Hidupkan DuitNow QR
5 minit, lepas tu lebih kurang sehariToyyibPay › DNQR Consent- Sebelum DuitNow QR hidup, penonton bayar guna FPX (online banking). DuitNow QR dan e-wallet perlu dihidupkan sekali je.
- Dalam dashboard ToyyibPay, cari DNQR Enablement – Consent Required dan isi borang DNQR: nama merchant, BRN, alamat, satu link website atau media sosial, dan setuju terma.
- Tiada SSM? Isi nombor IC kamu dalam ruang BRN. Untuk link, guna channel kamu atau tiplah.com/namakamu.
- Lepas diluluskan, buka Tetapan dalam Tiplah, tekan Tukar key dan sambung semula dengan key yang sama. Tiplah akan tunjuk DuitNow QR aktif.
- 5
Pasang alert dalam OBS
5 minitTiplah › Alert stream- Dalam Alert stream, tekan Salin URL. Jangan tunjuk URL ni atas stream.
- Dalam OBS, tekan + bawah Sources dan pilih Browser.
- Tampal URL, letak Width 1920 dan Height 1080, tekan OK.
- Seret source tu ke paling atas senarai supaya alert tak tertutup.
Guna Streamlabs atau Prism? Langkah sama. Sesetengah app panggil dia Web, bukan Browser.
- 6
Hantar alert ujian
1 minitTiplah › Alert stream- Tekan Hantar alert ujian. Coin patut keluar atas OBS dalam 2 saat.
- Alert ujian bukan duit betul dan tak dikira dalam jumlah tip kamu.
- Tak keluar? Tengok bahagian Kalau ada masalah kat bawah.
- 7
Kongsi link kamu
2 minitTiplah › Utama- Letak tiplah.com/namakamu dalam bio Twitch, YouTube, Facebook atau TikTok, dan dalam panel stream. Butang Kongsi page aku dalam menu tepi salin link tu.
- QR code kamu ada kat Utama. Muat turun dan letak dalam overlay supaya penonton boleh imbas terus dari skrin.
- TikTok LIVE hadkan QR code dan link masa live, jadi kat TikTok letak link dalam bio.
Dengan Pro
ProPro tambah lebih banyak untuk page dan alert kamu:
- Text-to-speech, dalam Alert stream: suara baca nama dan mesej setiap penonton, bukan jumlah. Osman atau Yasmin untuk BM, Luna atau Wayne untuk English.
- Tema page, dalam Page aku: Cloud, Strawberry, Silk, Meow dan Bunny.
- Alert custom, dalam Alert stream: pilih atau muat naik bunyi, letak gambar sendiri dan pilih warna kotak alert.
- Tiada "Dikuasakan oleh Tiplah" atas page kamu, dan tiada had tip bulanan.
Pro RM15 sebulan. 20 streamer pertama dapat harga Founding RM9 sebulan, kekal selagi terus langgan. Naik Pro dalam Pelan & bil.
Apa jadi bila
- Hari ni
- Page, ToyyibPay, OBS dan alert ujian siap. Tip dah boleh masuk guna FPX.
- Lebih kurang sehari
- DuitNow QR diluluskan. Tekan Tukar key dalam Tetapan dan sambung semula.
- 3–7 hari bekerja
- ToyyibPay sahkan profil kamu. Lepas tu duit masuk bank: FPX dalam 1–4 hari bekerja, DuitNow QR dalam 2 hari bekerja.
Kalau ada masalah
Alert tak keluar
- Pastikan Browser Source tu tak disorok (ikon mata hidup) dan berada atas scene game.
- Coin nampak terlalu besar, kecil atau herot? Buka Properties dan pastikan saiz 1920 × 1080, lepas tu klik kanan source dan pilih Transform, Reset Transform.
- Buka Properties source tu dan tekan Refresh cache of current page.
- Semak status atas page Alert stream. Kalau OBS belum bersambung, salin URL sekali lagi.
- Kamu buat URL baru? URL lama berhenti terus. Tampal yang baru.
Tip tertera Menunggu
Penonton belum habis bayar, atau bank belum sahkan. Tiplah semak dengan ToyyibPay sendiri, jadi status berubah tanpa kamu buat apa-apa. Bil yang tak dibayar dalam sehari jadi Gagal.
Penonton tak nampak DuitNow QR
Borang DNQR belum lulus, atau kamu belum sambung semula key lepas lulus. Tengok langkah 4.
Perlukan bantuan?
WhatsApp kami dan kami bantu kamu setup.