TiplahEnglish

Terma penggunaan

Dikemas kini 15 Oktober 2026

Tiplah (tiplah.com) dikendalikan oleh VoidDot Studio, perniagaan berdaftar di Malaysia (SSM 202603261222 (003895976-K)). Dalam terma ni, "kami" bermaksud VoidDot Studio.

Terma ni terpakai untuk streamer yang buat page Tiplah dan viewer yang tip di page tu. Bila kamu guna Tiplah, kamu setuju dengan terma ni.

Apa yang Tiplah buat

  • Tiplah bagi streamer satu page untuk viewer tip, dan tunjuk setiap tip yang dibayar sebagai alert atas stream.
  • Setiap tip dibayar melalui akaun payment gateway streamer sendiri (buat masa ni ToyyibPay) dan terus masuk ke akaun tu. Tiplah tak pernah terima, pegang atau bayar keluar duit tip.
  • Tiplah bukan bank, e-wallet atau payment gateway. Gateway proses setiap bayaran ikut terma dorang sendiri.

Kalau kamu streamer

  • Kamu mesti berumur 18 tahun ke atas, dan akaun payment gateway yang kamu sambung mesti atas nama kamu sendiri.
  • Jaga login dan URL overlay kamu. Kamu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam akaun kamu.
  • Kamu bertanggungjawab atas page, stream dan tip yang kamu terima, termasuk apa-apa cukai atasnya.
  • Gateway kamu caj fee sendiri untuk setiap tip (RM1 di ToyyibPay sekarang), dan fee tu dipotong dari tip.
  • Tip ialah hadiah. Jangan guna Tiplah untuk jual barang atau servis, buat judi atau cabutan bertuah, kutip duit dengan alasan palsu, atau untuk apa-apa yang salah di sisi undang-undang.
  • Kamu boleh tutup akaun bila-bila masa dengan hubungi kami.

Kalau kamu bagi tip

  • Tip ialah hadiah sukarela kepada streamer. Ia tak membeli apa-apa dari streamer atau dari kami.
  • Tip bermula dari RM5 dan tak boleh dipulangkan. Kalau bayaran bermasalah atau kamu rasa ia penipuan, hubungi bank atau e-wallet kamu dan payment gateway; kami akan bantu setakat yang kami boleh.
  • Nama dan mesej kamu mungkin keluar atas stream dan di page streamer. Kosongkan nama untuk tip sebagai Anonymous.
  • Jangan tulis apa-apa yang kesat, berbaur kebencian atau salah di sisi undang-undang dalam mesej. Streamer boleh sekat perkataan dan sembunyikan mesej.
  • Kalau kamu bawah 18 tahun, minta izin ibu bapa atau penjaga dulu sebelum tip.

Pelan dan harga

  • Tiplah tak pernah ambil potongan dari tip.
  • Percuma meliputi sampai RM300 tip yang dibayar sebulan. Pro RM15 sebulan, tanpa had. Streamer Founding kekal RM9 sebulan selagi dorang terus langgan.
  • Kalau page Percuma lebih RM300 dalam sebulan, tip dan alert tetap jalan sampai hujung bulan tu, dan kami akan minta streamer naik Pro untuk bulan seterusnya.
  • Kami akan beritahu melalui emel sebelum kami ubah harga yang kamu bayar.

Bayar Pro

  • Pro dibayar dahulu. Kamu pilih 1, 3, 6 atau 12 bulan di Pelan & bil dan bayar sekali, dengan FPX atau DuitNow QR melalui ToyyibPay. Ia tak bersambung atau caj kamu sendiri, dan kami emel kamu sebelum ia tamat.
  • Kalau kamu bayar lagi semasa Pro masih jalan, bulan baru ditambah lepas tarikh tamat sekarang. Pro tamat pada hujung hari terakhirnya, waktu Malaysia.
  • Bayaran tak dipulangkan, kecuali kalau kami gagal sediakan Pro (contohnya, ciri Pro rosak lama). Masa tu kami pulangkan bulan yang kamu tak dapat guna.
  • Harga Founding (RM9 sebulan) untuk 20 streamer pertama yang bayar Pro. Ia kekal selagi Pro kamu bersambung. Kalau Pro tamat dan tak disambung dalam 7 hari, tempat tu diberi kepada orang lain.
  • Bayaran dibuat kepada VoidDot Studio, dan resit dihantar ke emel akaun kamu.

Kandungan kamu

  • Kamu kekal pemilik apa yang kamu letak di page kamu: nama, gambar, bio dan link. Kamu benarkan kami tunjuk semua tu di Tiplah, dalam alert dan dalam dashboard supaya servis ni boleh berjalan.
  • Letak hanya benda yang kamu ada hak untuk guna. Jangan letak apa-apa yang salah di sisi undang-undang, berbaur kebencian atau lucah, atau yang menyamar sebagai orang lain.
  • Sesiapa saja boleh lapor page guna link "Laporkan page ni" di bawah page tu.

Bila kami boleh gantung page

  • Kami boleh sembunyikan atau gantung page yang langgar terma ni, yang dilaporkan digunakan untuk penipuan, atau yang membahayakan viewer. Kalau boleh, kami akan beritahu streamer sebabnya dulu.
  • Bila undang-undang memerlukan, kami akan kongsi maklumat dengan payment gateway atau pihak berkuasa.

Tanggungjawab kami

  • Kami usaha supaya Tiplah sentiasa berjalan, tapi kami sediakannya seadanya. Alert bergantung pada internet kamu, OBS, platform stream dan payment gateway, jadi kami tak boleh janji setiap alert atau bayaran akan sentiasa berjaya.
  • Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung, atau kerugian yang disebabkan oleh payment gateway, bank, platform stream atau peralatan kamu sendiri. Untuk streamer, jumlah tanggungjawab kami terhad kepada apa yang dorang bayar kepada kami dalam 12 bulan sebelum tuntutan.
  • Tiada apa dalam terma ni yang menghapuskan hak kamu di bawah undang-undang Malaysia yang tak boleh dihapuskan.

Perubahan terma

Kami mungkin kemas kini terma ni. Untuk perubahan yang penting, kami akan beritahu streamer melalui emel atau dalam dashboard sebelum ia berkuat kuasa. Tarikh di atas menunjukkan versi terkini.

Undang-undang

Terma ni tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan mahkamah Malaysia akan uruskan apa-apa pertikaian.

Hubungi kami

VoidDot Studio
No. 501, Tingkat 4, Blok A2, Seksyen 2, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

hello@tiplah.com · WhatsApp +60 11-1723 4577